Siapa Aku?
Aku anak Kedah... dilahirkan di negeri Kedah dan zaman kanak2 aku dok di negeri Kedah. Aku jugak bekerja di negeri Kedah.
Mengapa aku menulis blog Kedah 4x4?
Walaupun aku ahli akademik, tetapi mengapa bidang aktiviti lasak ini jugak yang aku tulih. Mengapa aku tak menulih pasai benda2 akademik, berkaitan dengan bidang aku. Sebenaqnya aku ada juga menulis dekat blog2 lain selain drp blog ni, tapi masa sekarang ni banyak sebab aku lebih menulih dalam blog ni. Sebab apa??? Pasai dia....
1. Aku la ni tengah tension dengan mengaji/kerja aku. Pasai apa la dulu, aku ni tak buat penyelidikan pasai aktiviti lasak ni. Kalau la aku buat bidang ni dulu, aku rasa la ni dah jadi professor 4x4 apa. Ni tidak, aku buat pengajian bidang yang bukan aku minat. Bila dah 'stuck' tu naik bosan pulak.
2. Aku sebenaqnya la ni rindu sesangat dengan aktiviti2 lasak ni. Sekarang ni, tempat aku duduk, nak beraktiviti2 mcm ni tak dak.. Kalau ada pun, kos dia tak mampu aku nak bayaq. Lagipun dekat sini bukannya ada hutan mcm kat negeri kita tu... Satu lagi pasai cuaca kat sini sejuk.. sebab tu aku banyak menghabiskan masa aku depan komputer saja...
3. Aku kat sini kawan yang sekepala dengan aku tak ramai... Yang ada pun cuma kami anak beranak campur sorang dua saja yang suka benda2 lasak mcm ni. Kalau kita nak seronok, bila ramai2 baru best. Jadi, aku dok teringat la pasai kawan2 aku kat Kedah tu... Sapa dia geng2 4x4 aku dulu... Yang aku masih ingat laaa... (sbb otak aku la ni mereng skett, banyak sgt pikiaq benda2 lain)... Bg Chik Bkt Pinang (sepupu aku ~ memang la aku ingat.. sbb kereta 4x4 aku kat rumah dia la ni), Mizi Jitra/kodiang (kami sama2 pi cari kereta masa aku balik bercuti tahun lepas, ~ ramai kenai dia ni... hero 4x4 Kedah), Mat pomen Kuala Nerang (sama la jgk, sapa tak kenai dia ni??), Madi & kawan2 lain di Jitra, Atan, Yen & lain di Alor Setar (tak tau la sama ada lagi atau tak depa2 ni semua), Mie Pomen UUM (minta2 tu aku dan jumpa lagi la hang bila balik nanti.. sbb last sekali yg aku dengaq hang kena buat 'chemotherapy'), Mail Misai Changlun Bkt Kayu Hitam (dah pencen ke belum??), PM Dr Sobri Minai (member best ni..), dan... nanti aku nak ingat lagi... nanti aku update...
Apa kandungan dalam blog ni?
Aku la ni, kira2nya tak terlibat secara langsung atau secara tak langsung la dalam aktiviti 4x4 di Kedah atau di mana2. Jadi, dalam blog aku ni, aku tulih apa yg aku dpt daripada internet saja... Tapi, memandangkan aku ni sorang ahli akademik, ada juga bhg2 belakang tu, aku masukkan sedikit berkaitan pasal pacuan empat roda ni. Sebenaqnya aku ada satu manual lengkap yang aku buat pasal kenderaan 4x4 ni yang aku tulis dlm tahun 2000 dulu, konon2nya utk bengkel/kursus kalau diadakan aktiviti2 ni... Semuanya aku tulih dalam bahasa oghang puteh sebab maklumat tu semua aku dapat hasil mentelaah aku dalam internet. Tapi itu secara teori laa.. yang afdhalnya bab2 aktiviti 4x4 ni adalah melalui praktikalnya... So, kalau nak buat sebagai rujukan boleh laa... . banyak juga tu..
Memandangkan la ni (atau masa2 depan) aku tak dak sumber utk muatkan dalam blog ini, jadi, kalau ada sesapa yang nak join jadi 'co-author' dlm penulisan blog ni, amatlah dialu2kan.. Sekurang2nya bertambah lah info yang kita dapat pasal aktiviti 4x4 di Kedah ni.
Untuk apa lagi blog ni?
Aku tulih blog ni bukannya nak buat duit, letak 'adsense google' ke atau apa2 iklan yg boleh menjanakan duit. Tapi kurangnya kalau ada orang luaq baca, depa tentu ingat best melakukan aktiviti lasak di negeri Kedah. Kalaupun depa mai ramai2 kat negeri Kedah ni pun, aku bukannya dapat duit pun, tapi aku rasa puas laaa.. sebab Kedah tu negeri aku.. dan banyak lagi tempat2 menarik yang belum diteroka... (aku rasa laaa..). Selain drp itu, kalau blog ni laku dan ramai orang minat... kawan2 boleh la join sekali nak iklan juai kereta 4x4 hang pa ka.. spare parts ka, servis ka atau apa2 yang dirasakan perlu...
Pesanan
Last sekali, terima kasih banyak2 la sebab baca/tengok blog aku ni... Bolehlah kalau hang pa nak komen ka atau apa2... kalau nak 'private' mesej, hantar saja email kat aku... Lagi satu.. kalau hang pa nak kirim apa2 dari sini sebelum aku balik M'sia... blh la bagi tau.. tapi aku tak tau la apa yang best dekat sini... Nak telefon/sms aku pun boleh.. ni nombor dia... +447707910888, kalau nombor Malaysia aku angkat.. kalau nombor lain, aku malaih nak angkat..
Sekian.
3 comments:
SAM said...
Salam,
Tak tau lah ingat ke dak saya satu fakulti dulu sebelum hang sambung belajar kat negara ong putih tu. Academician pun ada hobi jugak..
Wah, minat memang tak boleh lari.. kat sana boleh tengok lagi dahsat 4x4 dorang tu. Aku pun baru nak berjinak dengan 4x4 ni, sebabnya aku dok kat Sabah sambung belajar.. so bayangkan setiap hari kereta 4x4 saja yg memenuhi jalan raya kat sini, lepas tu ada pulak member racun ikut2. So baru nak plan angkat satu kereta 4x4, landcruiser 2 atau jimny pun jadiklah. Balik kedah nanti boleh lah join hang punya team.
Ok, roger2 aku jugak.
Meijie Mosh said...
Salam.. 1st, TQ for the comment... 2nd, Sori pasai tengok ke nama x ingat, tengok ke gambar profil celah kamera tu rasa2 kenai, buka 2 blog (SAM4605) tu x dak pulak gambaq yg boleh kenai, bukak portal uum x boleh masuk pulak hari ni.. Tapi taula memba sejabatan/sekolej/seperjuangan...
Dekat UK ni, kereta 4x4 dia org standard..x byk yg dahsyat2.. kalau kat Mesia, tambah2 lagi kat Sabah nun lagi dahsyat2.. Harga pun murah byk dr Semenanjung.. Memandangkan kita dlm hobi yg sama, why not, beli satu atau lebih dekat Sabah tu... Kalau hang pernah ikut xtvt mcm ni, hang pun mungkin tau, bila dok tengah2 hutan tu, semua masalah dunia hilang... So, x pa, nanti aku balik M'sia aku contact hang sbb aku bercadang pun nak ke Sabah kejap tengok sedara-mara aku kat sana, dan kalau ada peluang cari sebiji dua lagi kereta 4x4 kat sana..
Apa2 hal, hantar la email kat aku di: tarm121@yahoo.com ... lain2 e-mail bo layan... mcm website uum hari ni laa..
Regards
Kalimanjaro Outdoor Adventure said...
Assalamualaikum... Abg kita...
Saya 'Mam Photographer'; Klu abg ada p kat Merdeka Jamboree Challenge dekat Kuala Ketil (Kali-1).. Mungkin abg perasan saya ada kat sana.. yang dok tangkap gambaq kot dalam trek.
Alahamdulilah, ada jugak kawan2 yang dok buat blog mcm ni, baguih sbb kawan2 lain boleh tau serba sikit.
Insyaallah; Saya akan hubungi abg dalam masa terdekat ni; sbb ada projek yang perlu di bincangkan dengan abang.. tak boleh nak sembang2 dalam ni..
Selamat Maju Jaya.. Semoga Org Kedah Maju Di Mata Dunia.. Saya akan support abg.
Wassalam..